Make your own free website on Tripod.com

My Biodata

 

 

 


            

 

 

 

 

 

 

 


Assalamualaikum… nama saya mohd nabil zakaria. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kangar. Saya dilahirkan pada 12\2\1992. Nama ibu saya ialah Noraini Akashah dan nama bapa saya ialah Zakaria Abdullah. Saya mula bertadika di Tadika Masjid Lama di Arau. Selepas tamat zaman tadika, saya mula memasuki zaman persekolahan di Sekolah Tengku Budriah. Di sekolah rendah, banyak kenangan manis dan pahit yang telah saya lalui. Antaranya, saya telah menyertai kem bina diri di Gunung Jerai. Malangnya,dalam keseronokkan ada juga kesusahan. Pada malam yang ke-2,sedang saya tidur di dalam surau,lilin jatuh dan ianya telah membakar baju, rambut, dan lengan saya. Tetapi yang hairannya, saya tidak menyedari apa yang telah berlaku. Nasib ada rakan saya yang bernama Anwari  yang sedar apa yang telah berlaku. Pada akhir tahun 2004, saya telah dipilih sebagai Tokoh Murid 2004, tetapi seperti yang saya katakan sebentar tadi, dalam keseronokkan ada kesedihan, saya telah gagal untuk mendapat 5a’s. Tidak mengapa, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Pada tahun 2005,saya telah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau di Perlis. Sekolah yang indah ini saya pilih kerana, saya ingin mendalami ilmu agama untuk hidup di dunia dan di akhirat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sesiapa saja yang membaca biodata saya ini…..


 

"Study Mau Relax, Result Mau Gempak"